OHANA PHYSIOTHERAPY

OHANA PHYSIOTHERAPY

PUSAT FISIOTERAPI PERLIS

Selamat datang ke Ohana Physiotherapy- Pusat fisioterapi pilihan anda di Perlis. Ohana Physiotherapy ialah inisiatif dibawah Klinik Faizah Kangar dalam menyediakan perkhidmatan fisioterapi sebagai rawatan alternatif kepada pesakit. Lokasi: Tingkat atas, Klinik Faizah Kangar.

Perkhidmatan

RAWATAN FISIOTERAPI: TERAPI HABA
RAWATAN FISIOTERAPI: TERAPI HABA

Terapi haba Rawatan terapi haba yang terdapat disini ialah terapi haba panas dan sejuk. Terapi haba panas terdiri daripada rawatan cahaya Infrared dan 𝘩𝘰𝘵𝘱𝘢𝘤𝘬 manakala terapi haba sejuk ialah menggunakan coldpack. Rawatan ini akan diberikan mengikut kesesuaian keadaan penyakit. Rawatan ini sesuai untuk merawat masalah bengkak sendi, lebam pada otot, sakit keradangan sendi, ketegangan otot dan urat simpul, dan membantu meningkatkan pengaliran darah di kawasan sakit.

RAWATAN FISIOTERAPI: TERAPI ULTRASOUND
RAWATAN FISIOTERAPI: TERAPI ULTRASOUND

Rawatan ini menggunakan mesin ultrasound yang membantu merawat kawasan sakit. Ia yang menggunakan frekuensi gelombang bunyi merawat sampai ke tisu dalam kawasan sendi, otot, ligament, meniskus mahupun tulang. Rawatan ini membantu untuk meningkatkan kesembuhan , mengurangkan keradangan, meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan kesakitan. Rawatan ini sangat sesuai untuk pesakit yang ada masalah koyakan tisu, keradangan sendi mahupun ketegangan otot.

RAWATAN FISIOTERAPI: TERAPI STIMULASI ELEKTRIK
RAWATAN FISIOTERAPI: TERAPI STIMULASI ELEKTRIK

Rawatan ini ialah rawatan mesin yang menggunakan arus elektrik rendah untuk merawat sakit otot, sendi dan saraf. Mesin 𝘛𝘳𝘢𝘯𝘤𝘶𝘵𝘢𝘯𝘦𝘰𝘶𝘴 𝘌𝘭𝘦𝘤𝘵𝘳𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘕𝘦𝘳𝘷𝘦 𝘚𝘵𝘪𝘮𝘶𝘭𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 akan dilekatkan pada kawasan sakit bagi menghantar impuls untuk menghalang signal pada saraf sakit atau meningkatkan penghasilan 𝘌𝘯𝘥𝘰𝘳𝘱𝘩𝘪𝘯. Rawatan ini sesuai untuk masalah sakit keradangan sendi, masalah saraf, pesakit strok dan lain-lain.

RAWATAN FISIOTERAPI: TERAPI RENDAMAN LILIN
RAWATAN FISIOTERAPI: TERAPI RENDAMAN LILIN

Rawatan rendaman terapi lilin ialah salah satu jenis terapi haba yang menggunakan cecair lilin yang bersesuaian dengan kulit untuk memberikan rasa haba pendam ke kawasan sakit. Ia sesuai untuk pesakit yang ada masalah sakit di kawasan tangan dan kaki. Rawatan ini membantu untuk mengurangkan sakit saraf , kekakuan sendi, ketegangan otot dan meningkatkan pengaliran darah.

RAWATAN FISIOTERAPI: MOBILISASI SENDI (𝘑𝘖𝘐𝘕𝘛 𝘔𝘖𝘉𝘐𝘓𝘐𝘡𝘈𝘛𝘐𝘖𝘕)
RAWATAN FISIOTERAPI: MOBILISASI SENDI (𝘑𝘖𝘐𝘕𝘛 𝘔𝘖𝘉𝘐𝘓𝘐𝘡𝘈𝘛𝘐𝘖𝘕)

Rawatan mobilisasi sendi ataupun dipanggil Joint mobilization ini ialah rawatan manual dengan menggerakkan sendi secara lembut dan berulang. Ia membantu meningkatkan flexibiliti sendi dan mengurangkan sakit. Kebiasaannya ia di lakukan pada sendi bahu, siku, lutut, peha, tulang belakang dan lain-lain.

RAWATAN FISIOTERAPI: RAWATAN TAPING
RAWATAN FISIOTERAPI: RAWATAN TAPING

Rawatan taping ialah rawatan yang menggunakan 𝘒𝘪𝘯𝘦𝘴𝘪𝘰𝘭𝘰𝘨𝘺 𝘵𝘢𝘱𝘦 yang ditampalkan pada kawasan sendi mahupun otot untuk merawat masalah sakit keradangan sendi, pergerakan sendi terbatas, bengkak, lebam, menghadkan sendi dan lain-lain. Kebanyakan digunakan oleh pesakit atlet sukan mahupun mereka yang aktif bergerak.

RAWATAN FISIOTERAPI: DRY NEEDLING
RAWATAN FISIOTERAPI: DRY NEEDLING

Rawatan terapeutik ini menggunakan jarum halus yang dicucuk ke kawasan otot bagi merawat masalah ketegangan otot dan urat simpul (𝘮𝘶𝘴𝘤𝘭𝘦 𝘬𝘯𝘰𝘵). Rawatan ini sesuai untuk yang ada masalah sakit ketegangan otot yang kronik dan berpanjangan.

PAKEJ RAWATAN FISIOTERAPI
PAKEJ RAWATAN FISIOTERAPI

1 sesi rawatan fisioterapi merangkumi konsultasi bersama fisioterapi, rawatan mesin, rawatan manual dan sesi senaman. Anggaran tempoh rawatan ialah selama 1 jam. Kami membantu merawat masalah sakit Frozen shoulder, Bicep Tendinitis, Tennis Elbow, De'Quervain Tenosyonivitis, Osteoarthritis, dan lain-lain lagi.

RAWATAN FISIOTERAPI KE RUMAH
RAWATAN FISIOTERAPI KE RUMAH

Rawatan fisioterapi ke rumah ialah rawatan fisioterapi yang diberikan kepada pesakit di rumahnya untuk pesakit yang terlantar, pergerakan terbatas mahupun pesakit yang tiada pengangkutan ke klinik. Rawatan yang diberikan juga merangkumi rawatan mesin, rawatan manual, sesi senaman dan lain-lain lagi seperti di klinik. Kami cover kawasan sekitar negeri Perlis sahaja. Sesuai buat pesakit strok, patah tulang, 𝘋𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘪𝘢 dan lain-lain lagi.

RAWATAN REHABILITASI VESTIBULAR: TINNITUS & VERTIGO
RAWATAN REHABILITASI VESTIBULAR: TINNITUS & VERTIGO

Rehabilitasi vestibular ialah sesi rawatan untuk pesakit yang ada masalah vertigo dan tinnitus. Sesi rawatan ini merangkumi rawatan keseimbangan, rawatan terapi stimulasi elektrik, rawatan manual dan sesi senaman.

KELAS SENAMAN ANTENATAL
KELAS SENAMAN ANTENATAL

Kelas senaman antenatal ialah kelas untuk para ibu mengandung belajar senaman yang membantu proses kelahiran. Kelas ini sesuai untuk ibu mengandung bermula usia kandungan 28 minggu dan ke atas.

TERAPI BEKAM
TERAPI BEKAM

Ohana Physiotherapy juga menyediakan rawatan tambahan iaitu bekam darah dan bekam angin. Bekam darah membantu membaiki pengaliran darah dalam darah disamping mengurangkan ketegangan otot. Bekam angin pula membantu meringankan badan dan mengurangkan ketegangan otot tanpa perlu dicucuk dan dikeluarkan darah seperti bekam darah. Bekam sesuai untuk mereka yang ada masalah sakit otot, sakit kepala, Migrain, resdung dan lain-lain lagi.

RAWATAN URUTAN TERAPEUTIK 1 KAWASAN BADAN
RAWATAN URUTAN TERAPEUTIK 1 KAWASAN BADAN

Rawatan urutan 1 kawasan badan ini dilakukan selama 20 monit pada 1 kawasan badan sahaja. Anda boleh pilih teknik urutan yang diinginkan seperti "𝘙𝘦𝘭𝘢𝘹𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦", "𝘋𝘦𝘦𝘱 𝘵𝘪𝘴𝘴𝘶𝘦 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦" 𝘥𝘢𝘯 "𝘚𝘱𝘰𝘳𝘵 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦". Teknik "𝘙𝘦𝘭𝘢𝘹𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦" ialah teknik urutan yang lembut dan perlahan dimana sesuai untuk anda yang inginkan sensasi ketenangan sewaktu urutan. Teknik "𝘋𝘦𝘦𝘱 𝘵𝘪𝘴𝘴𝘶𝘦 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦" ialah teknik urutan tekanan yang lebih kuat dan dalam menggunakan siku untuk kawasan otot yang tegang dan urat simpul. Teknik "𝘚𝘱𝘰𝘳𝘵 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦" ialah teknik urutan untuk otot orang atlet yang lebih besar dimana sesuai dengan tekanan iritan yang lebih kuat dan laju, selalunya untuk meningkatkan prestasi atlet sebelum pertandingan mahupun selepas pertandingan.

RAWATAN URUTAN TERAPEUTIK 3 KAWASAN BADAN
RAWATAN URUTAN TERAPEUTIK 3 KAWASAN BADAN

Rawatan urutan 1 kawasan badan ini dilakukan selama 40 minit pada 3 kawasan badan sahaja. Anda boleh pilih teknik urutan yang diinginkan seperti "𝘙𝘦𝘭𝘢𝘹𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦", "𝘋𝘦𝘦𝘱 𝘵𝘪𝘴𝘴𝘶𝘦 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦" 𝘥𝘢𝘯 "𝘚𝘱𝘰𝘳𝘵 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦". Teknik "𝘙𝘦𝘭𝘢𝘹𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦" ialah teknik urutan yang lembut dan perlahan dimana sesuai untuk anda yang inginkan sensasi ketenangan sewaktu urutan. Teknik "𝘋𝘦𝘦𝘱 𝘵𝘪𝘴𝘴𝘶𝘦 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦" ialah teknik urutan tekanan yang lebih kuat dan dalam menggunakan siku untuk kawasan otot yang tegang dan urat simpul. Teknik "𝘚𝘱𝘰𝘳𝘵 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦" ialah teknik urutan untuk otot orang atlet yang lebih besar dimana sesuai dengan tekanan iritan yang lebih kuat dan laju, selalunya untuk meningkatkan prestasi atlet sebelum pertandingan mahupun selepas pertandingan.

RAWATAN URUTAN TERAPEUTIK 1 KAWASAN BADAN (60 MINIT)
RAWATAN URUTAN TERAPEUTIK 1 KAWASAN BADAN (60 MINIT)

Rawatan urutan 1 badan ini dilakukan selama 60 minit untuk depan dan belakang badan kecuali kepala dan perut. Anda boleh pilih teknik urutan yang diinginkan seperti "𝘙𝘦𝘭𝘢𝘹𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦", "𝘋𝘦𝘦𝘱 𝘵𝘪𝘴𝘴𝘶𝘦 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦" 𝘥𝘢𝘯 "𝘚𝘱𝘰𝘳𝘵 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦". Teknik "𝘙𝘦𝘭𝘢𝘹𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦" ialah teknik urutan yang lembut dan perlahan dimana sesuai untuk anda yang inginkan sensasi ketenangan sewaktu urutan. Teknik "𝘋𝘦𝘦𝘱 𝘵𝘪𝘴𝘴𝘶𝘦 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦" ialah teknik urutan tekanan yang lebih kuat dan dalam menggunakan siku untuk kawasan otot yang tegang dan urat simpul. Teknik "𝘚𝘱𝘰𝘳𝘵 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦" ialah teknik urutan untuk otot orang atlet yang lebih besar dimana sesuai dengan tekanan iritan yang lebih kuat dan laju, selalunya untuk meningkatkan prestasi atlet sebelum pertandingan mahupun selepas pertandingan.

RAWATAN URUTAN TERAPEUTIK 1 KAWASAN BADAN (90 MINIT)
RAWATAN URUTAN TERAPEUTIK 1 KAWASAN BADAN (90 MINIT)

Rawatan urutan 1 badan ini dilakukan selama 90 minit untuk depan dan belakang badan kecuali kepala dan perut. Anda boleh pilih teknik urutan yang diinginkan seperti "𝘙𝘦𝘭𝘢𝘹𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦", "𝘋𝘦𝘦𝘱 𝘵𝘪𝘴𝘴𝘶𝘦 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦" 𝘥𝘢𝘯 "𝘚𝘱𝘰𝘳𝘵 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦". Teknik "𝘙𝘦𝘭𝘢𝘹𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦" ialah teknik urutan yang lembut dan perlahan dimana sesuai untuk anda yang inginkan sensasi ketenangan sewaktu urutan. Teknik "𝘋𝘦𝘦𝘱 𝘵𝘪𝘴𝘴𝘶𝘦 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦" ialah teknik urutan tekanan yang lebih kuat dan dalam menggunakan siku untuk kawasan otot yang tegang dan urat simpul. Teknik "𝘚𝘱𝘰𝘳𝘵 𝘮𝘢𝘴𝘴𝘢𝘨𝘦" ialah teknik urutan untuk otot orang atlet yang lebih besar dimana sesuai dengan tekanan iritan yang lebih kuat dan laju, selalunya untuk meningkatkan prestasi atlet sebelum pertandingan mahupun selepas pertandingan.

PAKEJ COMBO URUTAN: FACE MASSAGE
PAKEJ COMBO URUTAN: FACE MASSAGE

Dalam pakej ini, anda akan dapat rawatan urutan muka berserta guasa dan pemakaian facial mask sebelum urutan. Keseluruhan tempoh rawatan ialah selama 45 minit ubtuk RM70 1 sesi.

PAKEJ COMBO URUTAN: FOOT MASSAGE
PAKEJ COMBO URUTAN: FOOT MASSAGE

Dalam pakej ini, anda akan dapat rawatan urutan kaki untuk kedua-dua belah kaki berserta guasa dan pemakaian foot mask sebelum urutan. Anda boleh pilih untuk buat rawatan selama 35 minit untuk RM48 1 sesi atau 45 minit untuk Rm65 1 sesi.

PAKEJ COMBO URUTAN: BACK MASSAGE
PAKEJ COMBO URUTAN: BACK MASSAGE

Dalam pakej ini, anda akan dapat rawatan urutan belakang badan berserta guasa dan infrared sebelum urutan. Anda boleh pilih untuk buat rawatan selama 35 minit untuk RM69 1 sesi atau 45 minit untuk Rm95 1 sesi.

PAKEJ COMBO URUTAN: SCAPL AND NECK MASSAGE
PAKEJ COMBO URUTAN: SCAPL AND NECK MASSAGE

Dalam pakej ini, anda akan dapat rawatan urutan leher dan kepala berserta guasa dan infrared sebelum urutan. Anda boleh pilih untuk buat rawatan selama 35 minit untuk RM48 1 sesi atau 45 minit untuk Rm65 1 sesi.

PAKEJ URUTAN & BEKAM: BAHU & PINGGANG
PAKEJ URUTAN & BEKAM: BAHU & PINGGANG

Pakej ini sesuai untuk anda yang inginkan kombinasi urutan relaksasi selama 15 minit, Guasa selama 10 minit dan bekam dalam 1 sesi

PAKEJ URUTAN & BEKAM: PEHA/BETIS & MUKA
PAKEJ URUTAN & BEKAM: PEHA/BETIS & MUKA

Pakej ini sesuai untuk anda yang inginkan kombinasi urutan relaksasi selama 15 minit, Guasa selama 10 minit dan bekam dalam 1 sesi

PAKEJ URUTAN & BEKAM: HALF BODY
PAKEJ URUTAN & BEKAM: HALF BODY

Pakej ini sesuai untuk anda yang inginkan kombinasi urutan relaksasi selama 20 minit, Guasa selama 10 minit dan bekam 14-16 cup (bergantung saiz badan) dalam 1 sesi

Galeri Imej

Video Youtube

Video housecall

Waktu perniagaan

Isnin: 09:00-18:00

Selasa: 09:00-18:00

Hari Rabu: 09:00-18:00

Khamis: 09:00-18:00

Jumaat: 09:00-18:00

Sabtu: 09:00-13:00

Ahad: Closed

Kongsikan

hak cipta © OHANA PHYSIOTHERAPY . Hak cipta terpelihara.
Profil
Imbas QR
Simpan Kenalan
Berkongsi