Poliklinik Medistra Nibong Tebal

Poliklinik Medistra Nibong Tebal

✨ Leading light in healthcare ✨

Klinik kami menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan untuk memenuhi keperluan anda dan keluarga. Dengan kemudahan rawatan yang lengkap serta dikendalikan oleh petugas kesihatan yang berpengalaman, kami komited untuk memberikan penjagaan yang selamat, cepat dan berkualiti. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk rawatan pesakit luar, pemeriksaan kesihatan, ujian makmal, rawatan asas, pembedahan kecil serta prosedur rawatan sokongan lain.

  • Alamat kami:

    8-GF, Jalan Sg Daun 1, Taman Nibong Tebal Jaya, 14300 Nibong Tebal

Services

Blood Test Package
Blood Test Package

Pakej ini menawarkan pemeriksaan menyeluruh berserta cancer marker.

Blood Test Package
Blood Test Package

Blood test package

Blood Test Package
Blood Test Package

Basic blood test pakej bermula dari RM70.

🧪 Urine FEME
🧪 Urine FEME

Ujian air kencing untuk menilai keadaan kesihatan saluran kencing dan mengesan jangkitan. Ia membantu mengenal pasti kehadiran bakteria, sel darah, protein atau bahan lain yang tidak normal dalam air kencing.

Panel
Panel

Klinik kami juga mempunyai pelbagai panel.

🦟 Ujian Saringan Denggi
🦟 Ujian Saringan Denggi

Ujian darah untuk mengesan jangkitan Demam Denggi pada peringkat awal. Ia membantu mengenal pasti kehadiran virus atau antibodi dalam badan.

❤️ ECG (Electrocardiogram)
❤️ ECG (Electrocardiogram)

Ujian yang merekod aktiviti elektrik jantung menggunakan elektrod kecil yang dilekatkan pada dada. Ia adalah prosedur yang cepat, tidak sakit dan membantu menilai irama serta fungsi jantung, termasuk mengesan gangguan seperti degupan tidak teratur atau tanda masalah jantung.

🩸 FBC (Full Blood Count)
🩸 FBC (Full Blood Count)

Ujian darah untuk menilai komponen utama dalam darah seperti sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Ia membantu mengesan pelbagai keadaan kesihatan termasuk anemia, jangkitan dan masalah berkaitan darah.

🩹 Rawatan Cuci Luka
🩹 Rawatan Cuci Luka

Prosedur membersihkan luka untuk membuang kotoran, bakteria dan tisu mati bagi mengurangkan risiko jangkitan serta mempercepatkan proses penyembuhan. Dilakukan dengan teknik aseptik oleh petugas kesihatan.

🌫️ Rawatan nebuliser
🌫️ Rawatan nebuliser

Nebuliser adalah rawatan yang menggunakan mesin untuk menukar ubat cecair menjadi wap halus supaya boleh disedut terus ke dalam paru-paru. Kaedah ini membolehkan ubat bertindak dengan lebih cepat pada saluran pernafasan untuk melegakan simptom.

🧪 Swab Test
🧪 Swab Test

Swab test adalah ujian yang dilakukan dengan mengambil sampel dari bahagian tertentu seperti hidung atau tekak menggunakan alat kapas khas. Sampel ini kemudian diuji di makmal untuk mengesan kehadiran jangkitan. Ujian ini biasanya digunakan untuk mengenal pasti punca jangkitan pernafasan dengan cepat dan tepat.

💉 Vaksinasi (Vaccine)
💉 Vaksinasi (Vaccine)

Vaksin adalah suntikan yang membantu merangsang sistem imun badan untuk melindungi daripada penyakit tertentu. Vaksinasi merupakan langkah pencegahan penting untuk mengurangkan risiko jangkitan serta komplikasi penyakit. Klinik kami menyediakan pelbagai jenis vaksin seperti, Thypoid, Influenza, Hepatitis B, Twinrix.

💉 Implanon
💉 Implanon

Implanon adalah kaedah perancang keluarga dalam bentuk implan kecil yang dimasukkan di bawah kulit lengan. Ia melepaskan hormon secara perlahan untuk mencegah kehamilan dalam tempoh jangka panjang. Prosedur ini cepat, selamat dan boleh bertahan sehingga beberapa tahun sebelum perlu diganti atau dikeluarkan.

💉 Wegovy
💉 Wegovy

Wegovy adalah ubat suntikan yang digunakan untuk membantu pengurusan berat badan. Ia berfungsi dengan mengawal selera makan dan meningkatkan rasa kenyang, sekali gus membantu mengurangkan pengambilan kalori. Rawatan ini biasanya digunakan bersama diet sihat dan gaya hidup aktif untuk hasil yang lebih berkesan.

Rawatan lutut
Rawatan lutut

Rawatan lutut

Diabetic Foot Care
Diabetic Foot Care

Penjagaan kaki khas untuk pesakit diabetes bagi mencegah komplikasi seperti luka, jangkitan dan ulser. Ia merangkumi pemeriksaan, pembersihan luka, penjagaan kulit serta pemantauan keadaan kaki secara berkala.

🚗 PSV & GDL Medical Check-Up
🚗 PSV & GDL Medical Check-Up

Pemeriksaan kesihatan untuk pemandu kenderaan komersial bagi memastikan tahap kesihatan yang selamat untuk memandu. Ia merangkumi pemeriksaan fizikal, penglihatan dan penilaian kesihatan.

💧 IV Drip
💧 IV Drip

Rawatan memasukkan cecair dan nutrisi terus ke dalam salur darah untuk penyerapan yang lebih cepat dan berkesan.

Image Gallery

Business Hours

Monday: 08:00-22:00

Tuesday: 08:00-22:00

Wednesday: 08:00-22:00

Thursday: 08:00-22:00

Friday: 08:00-22:00

Saturday: Closed

Sunday: 08:00-22:00

Location

Location

Share on

Copyright © Poliklinik Medistra Nibong Tebal . All Rights Reserved.
Profile
Scan QR
Save Contact
Share