KLINIK FAIZAH KANGAR

KLINIK FAIZAH KANGAR

KLINIK PERUBATAN AM NO 1 DI PERLIS

SELAMAT DATANG KE KLINIK FAIZAH KANGAR β€” KLINIK PERUBATAN AM YANG KOMITED MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN MENYELURUH DAN PENJAGAAN KESIHATAN BERKUALITI UNTUK ANDA DAN KELUARGA. πŸ“No 36-38, Medan Syed Alwi, 01000, Kangar, Perlis πŸ“ž 04-9767366 | πŸ“² 011-55537907

Services

ULTRASOUND ANTENATAL SCAN
ULTRASOUND ANTENATAL SCAN

Antenatal Scan Penting Untuk Keselamatan Ibu & Bayi. Antenatal scan membantu memantau tumbesaran bayi, cek degupan jantung, tentukan kedudukan bayi, periksa air ketuban & uri, serta mengesan masalah kehamilan (abnormaliti) pada bayi jika ada. Pemeriksaan berkala memastikan kehamilan lebih selamat dan tenang untuk ibu.

NUCHAL TRANSLUCENCY (NT) SCAN
NUCHAL TRANSLUCENCY (NT) SCAN

Klinik Faizah Kangar ada menyediakan service NT Scan ni. NT Scan merupakan salah satu cara untuk mengesan Keabnormalan Genetik dengan mengukur ketebalan ruang yang dipenuhi bendalir di belakang leher baby yang sedang berkembang. Prosedur ultrasound mudah ini dilakukan semasa trimester pertama kehamilan, biasanya pada usia kandungan antara 11- 13 minggu. 3 jenis Keabnormalan Genetik yang terbukti dikesan melalui NT Scan: - Down Syndrome - Patau Syndrome - Edward Syndrome

ANTENATAL CHECKUP
ANTENATAL CHECKUP

Antenatal check-up penting untuk memantau kesihatan ibu & bayi, mengesan risiko kehamilan lebih awal, periksa tekanan darah, HB, air kencing, tumbesaran bayi serta kedudukan bayi melalui scan. Pemeriksaan berkala memastikan kehamilan lebih selamat & teratur.

ULTRASOUND BREAST SCAN
ULTRASOUND BREAST SCAN

Scan payudara dilakukan untuk mengesan kalau ada ketulan atau perubahan dan abnormaliti pada payudara. Ketulan akan diperiksa untuk mengetahui saiz dan jenis samada ketulan jenis tidak bahaya (cyst, fibroadenoma) atau jenis bahaya seperti kanser.

ULTRASOUND GYNAE SCAN TAS/ TVS (SCAN RAHIM)
ULTRASOUND GYNAE SCAN TAS/ TVS (SCAN RAHIM)

Gynae Scan (Scan Rahim) dilakukan untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang ketidakabnormalan seperti tumor atau fibroid pada bahagian tersebut. Pengesanan awal amat penting supaya pesakit boleh mendapatkan rawatan awal yang sepatutnya dan mengelakkan terjadinya keadaan yang lebih serius.

PAP SMEAR TEST
PAP SMEAR TEST

Sekiranya anda wanita yang berusia 26 hingga 65 tahun, yang pernah dan masih aktif melakukan hubungan seks, anda sangat disarankan untuk menjalankan Pap Smear Test. Pap smear adalah prosedur yang dilakukan untuk mengesan KETIDAKABNORMALAN pada sel serviks di peringkat awal sebelum ia merebak menjadi SEL KANSER.

PERKHIDMATAN PEMASANGAN & PENGELUARAN IMPLANON
PERKHIDMATAN PEMASANGAN & PENGELUARAN IMPLANON

Implanon membantu merancang keluarga dengan lebih tenang. Kecil, selamat & tahan hingga 3 tahun. Tak payah risau terlupa ambik pil! Klinik Faizah Kangar menawarkan pemasangan & pengeluaran Implanon secara profesional, harga berpatutan dan konsultansi lengkap. Kunjungi atau hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut.

PERKHIDMATAN PEMASANGAN & PENGELUARAN IUCD
PERKHIDMATAN PEMASANGAN & PENGELUARAN IUCD

Klinik Faizah Kangar ada menyediakan PERKHIDMATAN PEMASANGAN & BUANG IUCD (Family Planning). IUCD ialah sejenis alat yang dimasukkan ke dalam rahim bertujuan untuk mencegah kehamilan. Ianya bertahan 3 ke 5 tahun dan boleh dibuang pada bila-bila masa. Berkesan dan selamat. Keberkesanan 97-98%. Boleh terus walk in ke klinik pada hari ke-3 atau ke-4 period.

RAWATAN CINCIN VAGINA
RAWATAN CINCIN VAGINA

RAWATAN CINCIN VAGINA UNTUK MASALAH RAHIM JATUH. Rahim jatuh (prolapse) boleh berlaku pada wanita selepas bersalin, usia meningkat atau kelemahan otot lantai pelvis. Rawatan Cincin Vagina membantu menyokong rahim supaya kembali pada kedudukan yang betul.

NIPT TEST
NIPT TEST

Klinik Faizah Kangar ada menyediakan service NIPT Test (Non-Invasive Prenatal Testing). NIPT ialah ujian saringan awal kehamilan yang tidak invasif dan dilakukan melalui sampel darah ibu. Ia mengesan risiko keabnormalan kromosom pada janin, seperti Down Syndrome (Trisomi 21), Trisomi 18, dan Trisomi 13. Ujian ini boleh dilakukan seawal minggu ke-10 kehamilan dan mempunyai ketepatan yang tinggi berbanding ujian saringan tradisional. Ia juga boleh memberikan maklumat tentang jantina bayi. Kelebihan NIPT: - Tidak membahayakan janin (hanya ambil darah ibu) - Ketepatan tinggi (>99% untuk Down Syndrome) - Boleh dikesan awal dalam kehamilan

PIPPLE SAMPLING
PIPPLE SAMPLING

Pipple Sampling ialah prosedur ringkas untuk mengambil sampel lapisan dalam rahim bagi mengesan punca haid tak teratur, pendarahan abnormal atau risiko kanser rahim. Prosedur ini cepat, minimally invasive dan akan membantu Doktor buat diagnosis yang tepat.

KLINIK RAWATAN KESUBURAN
KLINIK RAWATAN KESUBURAN

Masih menanti rezeki zuriat? Klinik Faizah Kangar menawarkan rawatan kesuburan profesional untuk bantu anda capai impian bergelar ibu & ayah. βœ” Penilaian lengkap βœ” Rawatan selamat βœ” Harga berpatutan βœ” Rawatan berkesan βœ” Layanan mesra & privasi terjamin. Tempah slot anda hari ini!

KAEDAH PERANCANGAN KELUARGA (FAMILY PLANNING)
KAEDAH PERANCANGAN KELUARGA (FAMILY PLANNING)

Kaedah perancang keluarga yang available di Klinik Faizah Kangar. Ada Implanon, IUCD, pil & suntikan depo. Tapi tak boleh senang-senang terus nak ambik sendiri. Kena mai jumpa dan berbincang dengan Doktor dulu. Nanti Doktor akan suggest yang mana paling sesuai dengan keadaan kesihatan dan situasi pesakit

PERKHIDMATAN BERKHITAN BAYI PEREMPUAN
PERKHIDMATAN BERKHITAN BAYI PEREMPUAN

Nak bawak anak perempuan berkhitan tak perlu buat appointment, boleh terus walk in ke Klinik Faizah Kangar. Anak perlulah berusia 3 bulan - 3 tahun, dan mak ayah perlu bawak pampers extra untuk anak, nanti lepas berkhitan tu anak nak kena tukar pampers baru.

RAWATAN ENT (EAR, NOSE & THROAT)
RAWATAN ENT (EAR, NOSE & THROAT)

Perkhidmatan ENT di Klinik Faizah Kangar membantu mengesan dan merawat masalah telinga, hidung dan tekak dengan lebih tepat dengan menggunakan peralatan yang bersesuain. Pemeriksaan awal penting untuk mencegah komplikasi seperti jangkitan berulang, masalah pernafasan, pendengaran berkurang, pening, tidur terganggu serta ketidakselesaan sinus. Dapatkan rawatan segera untuk kesihatan ENT yang lebih baik dan kualiti hidup yang lebih selesa.

FOREIGN BODY REMOVAL (TELINGA, HIDUNG, TEKAK)
FOREIGN BODY REMOVAL (TELINGA, HIDUNG, TEKAK)

Telinga, hidung atau tekak tersumbat atau termasuk sesuatu? Jangan panik β€” Klinik Faizah Kangar menyediakan rawatan foreign body removal yang selamat & dilakukan oleh doktor bertauliah. Datang segera untuk elakkan jangkitan & komplikasi

PERKHIDMATAN MINI SURGERY
PERKHIDMATAN MINI SURGERY

Perkhidmatan Mini Surgery di Klinik Faizah Kangar; βœ… Buang skin tag, keloid, ketuat, cyst βœ… Nail avulsion (buang kuku) βœ… Toilet and suturing (jahitan luka) βœ… Buka benang jahitan βœ… Dressing βœ… Foreign body removal

RAWATAN KULIT
RAWATAN KULIT

Kulit sihat, keyakinan meningkat! Dapatkan rawatan kulit profesional di Klinik Faizah Kangar β€” selamat, berkesan dan dibuat oleh doktor bertauliah. Nak kulit lebih sihat dan terjaga? Kami sedia membantu

WARTS REMOVAL SURGERY (BUANG KETUAT)
WARTS REMOVAL SURGERY (BUANG KETUAT)

Warts (ketuat) removal di Klinik Faizah Kangar. Ketuat ni memang kena buang sebab kalau dibiarkan dia akan tumbuh lagi banyak dan boleh jugak menjangkiti orang lain jugak. Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papiloma.

PERLIS HEARING CENTER
PERLIS HEARING CENTER

Klinik Faizah Kangar telah bekerjasama dengan 20dB dan kami telah dipilih untuk menjadi Hearing Center di Perlis. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah; βœ… Ujian Pendengaran Dewasa & Kanak-kanak βœ… Ujian Pendengaran Bayi βœ… Preskripsi Alat Bantu Pendengaran βœ… Pengurusan Tinnitus.

UJIAN PENDENGARAN - DEWASA & KANAK-KANAK
UJIAN PENDENGARAN - DEWASA & KANAK-KANAK

Setiap minggu atau pada tarikh-tarikh tertentu, wakil Audiometri daripada 20dB akan mai ke Klinik Faizah Kangar untuk attend rawatan berkala dengan patient daripada Perlis (by appointment). Kalau ada sesiapa yang berminat untuk : - saringan ujian pendengaran dewasa, kanak-kanak dan bayi, - Preskripsi alat bantu pendengaran, - Pengurusan Tinnitus, boleh terus hubungi kami untuk set appointment.

PAKEJ PEMERIKSAAN DARAH (BASIC)
PAKEJ PEMERIKSAAN DARAH (BASIC)

Pakej Pemeriksaan Darah Basic RM50 di Klinik Faizah Kangar merangkumi analisis darah lengkap, bacaan kolesterol, asid urik, gula, fungsi buah pinggang dan hati serta ujian air kencing; hanya perlu berpuasa 6–8 jam sebelum hadir (sebaiknya jam 9 pagi), walk-in dibenarkan, keputusan siap 5–7 hari bekerja dan disemak bersama doktorβ€”pemeriksaan ini wajar dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memantau tahap kesihatan anda.

PEMERIKSAAN DARAH PENANDA KANSER (TUMOR MARKER)
PEMERIKSAAN DARAH PENANDA KANSER (TUMOR MARKER)

Tumor Marker dijalankan sebagai screening test untuk mengesan sekiranya terdapat pertumbuhan sel kanser dalam badan. Ianya sangat penting supaya kanser dapat dikesan dan dirawat dari awal sebelum ia merebak ke seluruh badan.

PAKEJ PEMERIKSAAN KESIHATAN
PAKEJ PEMERIKSAAN KESIHATAN

Pakej Medical Checkup di Klinik Faizah Kangar merangkumi Ujian Darah, Ujian Air Kencing, X-Ray serta pemeriksaan kesihatan menyeluruh oleh Pegawai Perubatan. Pemeriksaan tahunan sekurang-kurangnya amat penting untuk pengesanan awal penyakit, pencegahan komplikasi serius dan pemantauan tahap kesihatan anda. Sesuai untuk keperluan kemasukan universiti dan permohonan kerja. Jangan abaikan kesihatanβ€”mulakan penilaian anda hari ini.

MEDICAL CHECKUP IPT
MEDICAL CHECKUP IPT

Nak masuk Universiti, Sekolah Berasrama Penuh, masuk kerja, boleh mai buat Medical Checkup dengan kami. Medical Checkup paling basic termasuk : - Pemeriksaan Fizikal - Ujian Air Kencing - Ujian Darah - Xray (kalau perlu) Tak perlu appointment, boleh terus walk in ke Klinik Faizah Kangar dan bawa borang tawaran kemasukan ke Universiti.

RAWATAN DOKTOR PAKAR MATA
RAWATAN DOKTOR PAKAR MATA

Rawatan Doktor Pakar Mata setiap hari Rabu, 8.30 malam - 10.00 malam. Antara rawatan yang di tawarkan ialah: - Pemeriksaan Saringan Mata / Pemeriksaan Mata - ⁠Penyakit Mata Diabetik (Kencing Manis) - ⁠Rawatan Uveitis (Radang Okular) - ⁠Saringan glaukoma - ⁠Rawatan selaput luar (Pterygium) - Rawatan ketumbit

PERKHIDMATAN XRAY
PERKHIDMATAN XRAY

Perlu X-Ray? Klinik Faizah Kangar menyediakan perkhidmatan X-Ray yang selamat & berkualiti tinggi untuk pelbagai keperluan pemeriksaan. Datang untuk penilaian segera bersama doktor. Untuk pre-university atau pre-employment health screening juga amat dialu-alukan. Result akan dapat terus pada hari yang sama.

PEMERIKSAAN JANTUNG (ECG)
PEMERIKSAAN JANTUNG (ECG)

Elektrokardiogram (ECG) adalah prosedur pemeriksaan yang pantas, selamat dan tidak menyakitkan, yang digunakan untuk mengesan dan merakam aktiviti elektrik jantung. Ujian ini membantu menentukan simptom-simptom bagi penyakit jantung, dan risiko yang mungkin menyebabkan jantung membesar. ECG di Klinik Faizah Kangar kami offer dengan harga RM50 sahaja.

ULTRASOUND ABDOMEN SCAN
ULTRASOUND ABDOMEN SCAN

Ultrasound scan adalah cara yang mudah, cepat dan tak berbahaya untuk mengesan batu karang dalam saluran air kencing atau batu hempedu dalam pundi hempedu. Kalau ada simptom-simptom macam sakit bawah abdomen, pedih masa buang air kecil, buang air kecil kerap, sakit berpanjangan di bawah kanan abdomen, rasa loya dan muntah boleh cepat datang dan check di klinik kami.

RAWATAN PENYAKIT KRONIK
RAWATAN PENYAKIT KRONIK

Klinik Faizah Kangar menyediakan rawatan menyeluruh untuk penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol dan hyperthyroidism bagi membantu mengawal bacaan, mencegah komplikasi awal serta memastikan kesihatan jangka panjang terjaminβ€”sesuai untuk pesakit yang memerlukan rawatan berkala dan pemantauan rapi oleh Pegawai Perubatan.

PERKHIDMATAN RAWATAN PENJAGAAN LUKA
PERKHIDMATAN RAWATAN PENJAGAAN LUKA

Rawatan penjagaan luka (dressing) di Klinik Faizah Kangar membantu mempercepatkan proses penyembuhan, mencegah jangkitan dan memastikan luka dirawat dengan teknik yang betul. Ia sangat penting terutamanya untuk pesakit kencing manis, warga emas, individu dengan luka pembedahan, luka kemalangan atau luka yang lambat sembuh. Jangan biarkan luka menjadi lebih seriusβ€”dapatkan rawatan dressing yang selamat dan teratur.

KLINIK OBESITI
KLINIK OBESITI

Berita baik untuk warga Perlis, kami ada menyediakan perkhidmatan Klinik Obesiti untuk pesakit yang ada masalah berat badan dan berniat nak turunkan berat badan dengan selamat, berkesan dan sihat. Perkhidmatan ini merangkumi khidmat : βœ” KAUNSELING, βœ” UBAT-UBATAN βœ” 'BALLOONING'.

PAKEJ PEMERIKSAAN HAJI
PAKEJ PEMERIKSAAN HAJI

PAKEJ PEMERIKSAAN HAJI – SIAP SEDIA SEBELUM BERANGKAT. Klinik Faizah Kangar menyediakan pemeriksaan kesihatan lengkap untuk jemaah haji mengikut keperluan umur & tahap kesihatan. Dengan harga berpatutan dan pemeriksaan yang menyeluruh. Datang untuk konsultasi & pemeriksaan β€” supaya ibadah haji anda lebih lancar dan selamat.

RAWATAN NEBULISER & SEDUT KAHAK
RAWATAN NEBULISER & SEDUT KAHAK

Rawatan Nebuliser dan Sedut Kahak di Klinik Faizah Kangar. Rawatan nebuliser digunakan untuk menyalurkan ubat dalam bentuk kabus partikel halus yang disedut terus ke dalam paru-paru. Nebuliser biasanya digunakan untuk rawatan asma, cystic fibrosis, penyakit akut atau masalah gangguan pernafasan lain. Sekiranya anak-anak tak sihat dan ada gejala macam nafas laju, lelah/ semput, batuk berkahak, nampak kesukaran bernafas, mengeluarkan bunyi ketika bernafas, boleh mai ke Klinik untuk mendapatkan nasihat dan rawatan Doktor dengan segera.

SARINGAN & VAKSIN INFLUENZA
SARINGAN & VAKSIN INFLUENZA

Vaksin influenza penting kerana ia melindungi anda daripada jangkitan selesema yang serius, mengurangkan risiko penyebaran kepada bayi, warga emas dan individu berisiko, membantu mencegah komplikasi seperti radang paru-paru, serta memastikan perlindungan tahunan berikutan perubahan virus. Klinik Faizah Kangar turut menyediakan saringan influenza untuk memastikan diagnosis yang tepat, khususnya bagi kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung dan individu dengan penyakit kronik.

SEWAAN LAMPU FOTOTERAPI UNTUK BABY JAUNDICE
SEWAAN LAMPU FOTOTERAPI UNTUK BABY JAUNDICE

Lampu Fototerapi ni kegunaan dia untuk bantu kurangkan bacaan kuning pada baby. Konsep dia sama macam yang letak baby bawah lampu biru kat Hospital tu, cuma bila sewa Lampu Fototerapi ni dengan kami, boleh letak dan pantau baby di rumah sendiri. Berminat nak sewa Lampu Fototerapi boleh terus hubungi kami

PERKHIDMATAN PEKA B40
PERKHIDMATAN PEKA B40

Program saringan kesihatan PEKA B40 kini disediakan di Klinik Faizah Kangar untuk yang layak. Program ini membantu dengan mendapatkan rawatan bagi mengenal pasti penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi dan masalah buah pinggang pada peringkat awal agar rawatan dapat dimulakan lebih cepat demi menjaga kesihatan jangka panjang.

FOMEMA
FOMEMA

Perkhidmatan FOMEMA disediakan di Klinik Faizah Kangar. Majikan area Perlis yang perlu hantar pekerja asing untuk saringan kesihatan FOMEMA, boleh terus walk in ke Klinik kami. πŸ“‹ Pemeriksaan lengkap termasuk: β€’ Ujian darah & air kencing β€’ Pemeriksaan X-ray β€’ Pemeriksaan doktor bertauliah

NEEDLE ASPIRATION
NEEDLE ASPIRATION

Needle aspiration ialah prosedur menggunakan jarum halus untuk menyedut cecair atau mengambil sampel dari ketulan dalam badan. Ia penting kerana membantu diagnosis awal (cyst, jangkitan, ketulan jinak/kanser), mengurangkan bengkak dan sakit dengan membuang cecair atau nanah, serta dilakukan dengan cepat, selamat, kurang invasif dan tanpa pembedahan besar.

PERKHIDMATAN IV DRIP
PERKHIDMATAN IV DRIP

Perkhidmatan IV Drip di Klinik Faizah Kangar membantu memulihkan hidrasi, meningkatkan tenaga dan mempercepatkan pemulihan apabila badan kekurangan nutrien atau cecair. Ia sesuai untuk individu yang mengalami dehidrasi, keletihan melampau, gastrik, cirit-birit, demam berpanjangan atau selepas aktiviti fizikal yang berat. Perkhidmatan ini membantu tubuh menyerap nutrien dengan lebih cepat dan berkesan untuk kembali bertenaga.

Image Gallery

Youtube Videos

Video Rawatan

Business Hours

Monday: 09:00-22:00

Tuesday: 09:00-22:00

Wednesday: 09:00-22:00

Thursday: 09:00-22:00

Friday: 09:00-22:00

Saturday: 09:00-22:00

Sunday: Closed

Share on

Copyright © KLINIK FAIZAH KANGAR . All Rights Reserved.
Profile
Scan QR
Save Contact
Share