KLINIK CINTA SAYANG SEJATI

KLINIK CINTA SAYANG SEJATI

" Cinta Dalam Rawatan, Sayang Dalam Penjagaan Kesihatan. "

Klinik Cinta Sayang Sejati ialah klinik perubatan keluarga premier di Sungai Petani, terletak di Taman Sejati Indah dengan pengalaman lebih 30 tahun. Kami menyediakan perkhidmatan perubatan lengkap dengan kemudahan moden, persekitaran selesa, bersih dan tenaga profesional terlatih bagi memastikan rawatan sempurna dan berkesan untuk pesakit dari bayi sehingga warga tua. Kini, Klinik Cinta Sayang Sejati dimiliki oleh Joglows Medica Sdn. Bhd.

  • Address

    KLINIK CINTA SAYANG, 15 JALAN PERMATANG GEDONG, TAMAN SEJATI INDAH, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

Services

Perkhidmatan X-Ray
Perkhidmatan X-Ray

Perkhidmatan X-Ray diagnostik menggunakan teknologi moden untuk menghasilkan imej yang jelas, tepat dan berkualiti tinggi bagi penilaian kesihatan menyeluruh. Prosedur ini pantas, selamat dan efisien mengikut standard perubatan. Merangkumi X-Ray dada, tulang & sendi, tulang belakang, serta pemeriksaan tambahan mengikut nasihat doktor.

Perkhidmatan Ultrasound Scan
Perkhidmatan Ultrasound Scan

Perkhidmatan Ultrasound Scan menggunakan teknologi moden diagnosis yang tepat dan jelas, serta membantu pengesanan awal pelbagai keadaan kesihatan. Merangkumi scan kehamilan, scan buah pinggang, scan hati, scan perut dan scan sakit puan.

Perkhidmatan ECG
Perkhidmatan ECG

Pemeriksaan Jantung (ECG) memberikan keputusan segera untuk mengenal pasti kemungkinan gangguan pada jantung dan membantu doktor memberi rawatan yang tepat dengan cepat.

Perkhidmatan Nebulizer
Perkhidmatan Nebulizer

Rawatan Nebulizer membantu melegakan pernafasan dengan cepat melalui menukarkan ubat kepada wap halus yang mudah disedut terus ke paru-paru. Sesuai untuk pesakit asma, batuk berkahak, sesak nafas dan jangkitan saluran pernafasan (bronkitis).

Perkhidmatan Ujian Darah FBC
Perkhidmatan Ujian Darah FBC

Perkhidmatan Ujian Darah FBC (Full Blood Count) merangkumi 24 parameter termasuk haemoglobin, sel darah putih dan platelets. Tidak perlu berpuasa, keputusan siap dalam 10 minit.

Perkhidmatan Ujian Air Kencing
Perkhidmatan Ujian Air Kencing

Perkhidmatan Ujian Air Kencing menilai kesihatan melalui sampel air kencing untuk pengesanan awal penyakit dan fungsi organ dalaman. Membantu mengesan UTI, menilai fungsi buah pinggang, serta mengesan gula/protein. Turut disediakan Ujian Kehamilan dan Ujian Dadah.

Pemeriksaan Ujian Darah & Ujian Air Kencing ( PACKAGE )
Pemeriksaan Ujian Darah & Ujian Air Kencing ( PACKAGE )

Pemeriksaan kesihatan menyeluruh untuk mengetahui tahap kesihatan tubuh anda lebih awal. Pengesanan awal membantu anda menjaga kesihatan dengan lebih baik demi masa depan yang sihat. Pelbagai pakej ditawarkan pada harga istimewa.

Perkhidmatan IV Drip ( Masuk air dalam badan )
Perkhidmatan IV Drip ( Masuk air dalam badan )

Perkhidmatan IV Drip membantu mengatasi keletihan, kurang bertenaga dan dehidrasi dengan menyalurkan cecair, vitamin dan nutrien terus ke dalam badan untuk pemulihan dan meningkatkan tenaga dengan cepat dan selamat.

Perkhidmatan Sunat Bayi Perempuan
Perkhidmatan Sunat Bayi Perempuan

Menyediakan perkhidmatan berkhatan bayi Perempuan yang cepat, selamat dan selesa oleh doctor Perempuan yang berpengalaman serta dibantu oleh staf terlatih. Teknik yang ringkas, kurang risiko dan mengambil masa yang singkat untuk si kecil anda.

Perkhidmatan Pembedahan Kecil
Perkhidmatan Pembedahan Kecil

Menawarkan perkhidmatan pembedahan kecil yang selamat, profesional dan efisien yang dilakukan dengan teliti oleh pegawai perubatan berpengalaman serta dibantu oleh staf terlatih bagi memastikan hasil rawatan yang terbaik serta pemulihan yang cepat.

Rawatan Glue Stich ( Gam Luka )
Rawatan Glue Stich ( Gam Luka )

Rawatan Glue Stich (Gam Luka) merupakan alternatif moden tanpa jahitan untuk menutup luka kecil dengan cepat, kemas seta mengurangkan kesakitan dan proses penyembuhan yang cepat dengan parut yang minimum. Sesuai untuk luka ringan, terutama bagi kanak-kanak.

Perkhidmatan Jahitan Luka
Perkhidmatan Jahitan Luka

Perkhidmatan jahitan luka yang selamat dan professional oleh pegawai perubatan berpengalaman untuk menghentikan pendarahan, mempercepat penyembuhan dan mengurangkan risiko jangkitan, serta penjagaan susulan bagi hasil terbaik dan parut minimum.

Perkhidmatan Buang Benda Asing ( Mata, Telinga, Hidung dan Tekak )
Perkhidmatan Buang Benda Asing ( Mata, Telinga, Hidung dan Tekak )

Perkhidmatan profesional untuk mengeluarkan benda asing dalam mata, telinga, hidung & tekak, secara selamat dan teliti oleh pegawai perubatan berpengalaman dan dibantu oleh staff yang terlatih. Rawatan dilakukan dengan teknik yang sesuai bagi mengurangkan kesakitan, mengelakkan komplikasi serta memastikan pemulihan yang baik.

Ujian Saringan Pap Smear
Ujian Saringan Pap Smear

Ujian Pap smear ialah sejenis saringan untuk mengesan kehadiran sel pra-kanser atau sel kanser di serviks pangkal rahim wanita. Sampel akan diambil dari pangkal serviks oleh doktor perempuan yang berpengalaman dengan bantuan staf wanita. Disarankan untuk semua wanita menjalani saringan ini secara berkala.

Suntikan Vaksin Tifiod ( Pengendali Makanan )
Suntikan Vaksin Tifiod ( Pengendali Makanan )

Vaksin Typhoid ialah suntikan wajib untuk pengendali makanan bagi mencegah demam kepialu yang boleh merebak melalui makanan dan air tercemar. Ia melindungi diri serta orang awam daripada jangkitan. Tempoh perlindungan suntikan Vaksin Typhoid adalah sehingga 3 tahun.

Suntikan Vaksin Hepatitis B
Suntikan Vaksin Hepatitis B

Lindungi diri anda dengan Suntikan Vaksin Hepatitis B — pencegahan berkesan daripada jangkitan hati yang serius, selamat dan disyorkan untuk semua bagi perlindungan awal dan kesihatan jangka masa panjang. Cegah sebelum terlambat, demi perlindungan hati yang lebih kuat dan selamat.

Saringan Kesihatan Percuma ( PEKAB40 )
Saringan Kesihatan Percuma ( PEKAB40 )

Klinik Cinta Sayang Sejati ialah Klinik Peka B40 yang menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma. Semak kelayakan anda di laman web PEKA B40.

Pemeriksaan FOMEMA
Pemeriksaan FOMEMA

Pemeriksaan Kesihatan FOMEMA adalah pemeriksaan kesihatan wajib bagi pekerja asing di Malaysia untuk memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik dan bebas daripada penyakit berjangkit tertentu. Pemeriksaan merangkumi beberapa ujian kesihatan seperti pemeriksaan fizikal, ujian darah, air kencing, dan X-ray dada. Dapatkan pemeriksaan FOMEMA anda dengan mudah, cepat dan profesional di klinik kami.

Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pekerja Dan Pelajar
Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pekerja Dan Pelajar

Bagi pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran dan individu yang memulakan pekerjaan baharu atau kenaikkan pangkat, Klinik Cinta Sayang Sejati menyediakan pemeriksaan kesihatan yang lengkap, cepat dan profesional untuk anda.

Panel Klinik Cinta Sayang Sejati
Panel Klinik Cinta Sayang Sejati

Senarai syarikat panel yang bekerjasama dengan kami :

Image Gallery

Youtube Videos

Our Team

Business Hours

Monday: 09:00-23:00

Tuesday: 09:00-23:00

Wednesday: 09:00-23:00

Thursday: 09:00-23:00

Friday: 09:00-23:00

Saturday: 09:00-23:00

Sunday: Closed

Location

LOCATION

Share on

Copyright © KLINIK CINTA SAYANG SEJATI . All Rights Reserved.
Profile
Scan QR
Save Contact
Share